Tuesday, 4 October 2011

UJIAN SETARA DUA 2011 TAHUN LIMA

Ujian setara dua tahun lima telah pun bermula daripada 4hb-6hb Oktober 2011. Ujian setara dijalankan sebagai persediaan kepada pelajar-pelajar tahun lima sebelum menghadapi peperiksaan akhir tahun nanti. Diharap pelajar dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan penuh kesungguhan.


Sambutan Hari Raya Bersama YB Shukor 30hb Oktober 2011

Pada hari Jumaat yang lalu, SK Seri Kundang berbangga kerana dapat meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan YB Shukor yang telah berbesar hati menyumbangkan jamuan raya kepada semua murid dan guru SK Seri Kundang.
Guru Besar, Puan Siti Sarbanon mengalu-alukan kehadiran YB Shukor dan berterima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Shukor yang telah banyak memberi sumbangan kepada SK Seri Kundang, pada masa lalu dan juga pada masa akan datang.

YB Shukor, di dalam ucapannya, sangat berbesar hati kerana dapat hadir di majlis ini. YB Shukor masih tidak lupa dengan janjinya untuk memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar cemerlang semasa peperiksaan akhir tahun ini nanti.
Majlis ini telah berlangsung didalam keadaan sederhana tetapi cukup meriah. Adalah diharapkan majlis seumpamanya dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Thursday, 15 September 2011

AKTIVITI BULAN SEPTEMBER

Antara aktiviti yang diadakan/akan diadakan pada bulan September:
1. Amali penyembelihan ayam untuk program Imam Soghir (14 September 2011)
2. Sambutan penutup bulan kemerdekaan (19 September 2011)
3. Sambutan Hari Raya peringkat sekolah (19 September 2011)
4. Ujian Setara Tahun 5 ( 20-22 September 2011)
5. LADAP dan Sambutan Hari Raya KGK (24 September 2011)
6. Ceramah Keselamatan murid pergi-balik sekolah (28 September 2011)

Wednesday, 14 September 2011

UPSR KEMBALI LAGI!!

Selamat menghadapi peperiksaan buat semua murid-murid tahun 6 SK Seri Kundang, semoga menjawab dengan tenang dan berhati-hati!

UPSR KEMBALI LAGI!!!

Selamat menghadapi peperiksaan buat semua murid-murid tahun 6 SK Seri Kundang, semoga menjawab dengan tenang dan berhati-hati!

Thursday, 23 June 2011

Sukan Tahunan Sk Seri Kundang

Sk Seri Kundang bergegar lagi dengan gegaran semangat pasukan warga SK Seri Kundang mengikut rumah sukan masing-masing iaitu Waja, Wira, Tangkas, Perkasa dan Sigap. Pelbagai acara saringan telah diadakan dan segala acara akan ditentukan pada hari Sabtu ini, 25 Jun 2011. Pasukan manakah yang akan merangkul gelaran juara? Kita tunggu dan lihat. Ibu bapa adalah dijemput untuk turut sama memberi semangat dan sokongan serta memeriahkan lagi pesta sukan tahunan 2011. Go SKSK Go!

Tuesday, 24 May 2011

SAMBUTAN HARI GURU 2011 SK SERI KUNDANG

    Pada 16hb Mei yang lalu, SK Seri Kundang telah meraikan hari Guru dengan meriahnya. Pelbagai acara telah diadakan seperti pembacaan perutusan ketua pengarah pelajaran Malaysia dan perutusan menteri pelajaran Malaysia, persembahan pelajar dan guru dan pemberian aiskrim percuma kepada  murid-murid. Murid-murid SK Seri Kundang mengambil kesempatan meraikan guru-guru mereka dengan memberikan pelbagai hadiah yang menarik dan pastinya sangat dihargai oleh semua guru mereka. TERIMA KASIH GURU!