Tuesday 24 May 2011

SAMBUTAN HARI GURU 2011 SK SERI KUNDANG

    Pada 16hb Mei yang lalu, SK Seri Kundang telah meraikan hari Guru dengan meriahnya. Pelbagai acara telah diadakan seperti pembacaan perutusan ketua pengarah pelajaran Malaysia dan perutusan menteri pelajaran Malaysia, persembahan pelajar dan guru dan pemberian aiskrim percuma kepada  murid-murid. Murid-murid SK Seri Kundang mengambil kesempatan meraikan guru-guru mereka dengan memberikan pelbagai hadiah yang menarik dan pastinya sangat dihargai oleh semua guru mereka. TERIMA KASIH GURU!

Monday 9 May 2011

SK kundang Gemilang Cemerlang

SK Kundang semakin cemerlang dan gemilang dengan pembabitan sekolah didalam pelbagai aktiviti di peringkat daerah dan negeri.

  •  Hari Kantin 30 April 2011 telah dijayakan dengan cemerlang hasil usahasama semua pihak terutamannya para guru dan staff SK Kundang

  • Panitia Sains telah menyertai Karnival Sains Dan Teknologi Peringkat negeri Selangor 2011. Pelajar kita telah berjaya meraih tempat ketiga pada pertandingan Saintis Muda Rendah. Pelajar tersebut ialah
    • Muhammad Izzat Syafiq B Mohd Shahril
    • Muhammad Ajwad Bin Azmi

  • Hari Kokurikulum telah berjaya dilaksanakan pada 27hb April 2011 dimana beberapa pertandingan telah diadakan iaitu pertandingan kawad kaki, masakan rimba, pertolongan cemas dan memasang khemah.
    • Juara Kawad Kaki : Tunas kadet Remaja
    • Juara masakan rimba : Tunas Puteri
    • Juara pertolongan cemas : Bulan Sabit Merah Malaysia
    • Juara Memasang Khemah : Pengakap