Thursday 3 May 2012

PROGRAM KEMBARA BERBASIKAL 2012

SK Seri Kundang telah mengadakan Program Kembara Berbasikal pada 14 April 2012. Program telah bermula seawal 7.30 pagi dan majlis telah bermula dengan acara senamrobik pelajar-pelajar SK Seri Kundang bersama guru-guru. Pelepasan peserta Kembara berbasikal telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar, Pn Siti Sarbanon bt Mohd Amin. Di samping itu, terdapat juga acara Pertandingan Sajak sebagai pengisian program.Encik Rahim bin Murad telah mewakili YB Tuan Abdul Shukur b Hj Idrus bagi menyampaikan ucapan perasmian dan acara penyampaian hadiah kepada pemenang acara pertandingan sajak.

Tuesday 27 March 2012

Kursus Kecemerlangan Kepimpinan 2012

Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Unit Disiplin dan Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan Kursus Kepimpinan pada 24 MAC 2012. Objektif program ini adalah untuk memupuk nilai dan etika serta ciri-ciri keperibadian yang sihat, cekal dan berdaya tahan menghadapi cabaran dalam menjalankan tugas. Selain itu, kursus ini diharap dapat memupuk dan menanamkan sifat sebagai pemimpin yang boleh dijadikan contoh dan ikutan pelajar lain.Majlis telah bermula seawal 7.00 pagi dan berakhir pada pukul 6.20 petang. En Amree bin Ahmad Tajuddin telah berperanan sebagai Kem Komanden dan dibantu oleh En Abdul Rahman bin Abdul Razak. Semua AJK dan Fasilitator telah bekerjasama bagi menjayakan program ini. Puan Siti Fatimah bt Mat Hassan selaku GPK1 telah menyempurnakan majlis perasmian penutup.

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2012

Satu Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah telah diadakan pada 23 MAC 2012.  Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Seri Kundang. Majlis telah bermula pada pukul 8.30 pagi dan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah oleh Guru Besar, Puan Siti Sarbanon bt Mohamad Amin. Semua pihak AJK yang terdiri daripada guru-guru SK Seri Kundang telah memberikan komitmen yang amat cemerlang dan majlis telah berjalan dengan lancar berikutan cuaca yang cerah.

Friday 16 March 2012

MESYUARAT PIBG 2012

Satu mesyuarat PIBG telah diadakan pada 3 Mac 2012 bertempat di SK Seri Kundang. Lebih kurang 500 ibu bapa telah menghadiri mesyuarat tersebut dan majlis telah berjalan dengan lancarnya. Majlis telah disempurnakan dengan kehadiran YB Shukor dan Puan Guru Besar, Puan Siti Sarbanon amat berbesar hati dengan kehadiran beliau.  AJK bagi tahun 2012/2013 juga telah dilantik dan suara ramai bersetuju untuk mengekalkan Pengerusi yang sama. Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah sumbangan daripada individu dan syarikat persendirian.

Tuesday 1 November 2011

Aktiviti Bulan November

Aktiviti pada bulan November SK Seri Kundang :

1. Minggu Pendidikan Kaunseling Kerjaya 2011 (31/10-3/11/ 2011)
2. Hari Graduasi 2011 (15/11/2011)
3. Majlis Hi-Tea Kelab Guru dan Kakitangan SKSK (15/11/2011)
4. Pengagihan buku teks 2012 ( 10/11, 11/11 dan 16/11/2011)

Tuesday 4 October 2011

UJIAN SETARA DUA 2011 TAHUN LIMA

Ujian setara dua tahun lima telah pun bermula daripada 4hb-6hb Oktober 2011. Ujian setara dijalankan sebagai persediaan kepada pelajar-pelajar tahun lima sebelum menghadapi peperiksaan akhir tahun nanti. Diharap pelajar dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan penuh kesungguhan.


Sambutan Hari Raya Bersama YB Shukor 30hb Oktober 2011

Pada hari Jumaat yang lalu, SK Seri Kundang berbangga kerana dapat meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan YB Shukor yang telah berbesar hati menyumbangkan jamuan raya kepada semua murid dan guru SK Seri Kundang.
Guru Besar, Puan Siti Sarbanon mengalu-alukan kehadiran YB Shukor dan berterima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Shukor yang telah banyak memberi sumbangan kepada SK Seri Kundang, pada masa lalu dan juga pada masa akan datang.

YB Shukor, di dalam ucapannya, sangat berbesar hati kerana dapat hadir di majlis ini. YB Shukor masih tidak lupa dengan janjinya untuk memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar cemerlang semasa peperiksaan akhir tahun ini nanti.
Majlis ini telah berlangsung didalam keadaan sederhana tetapi cukup meriah. Adalah diharapkan majlis seumpamanya dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.