Antara aktiviti yang diadakan/akan diadakan pada bulan September:
1. Amali penyembelihan ayam untuk program Imam Soghir (14 September 2011)
2. Sambutan penutup bulan kemerdekaan (19 September 2011)
3. Sambutan Hari Raya peringkat sekolah (19 September 2011)
4. Ujian Setara Tahun 5 ( 20-22 September 2011)
5. LADAP dan Sambutan Hari Raya KGK (24 September 2011)
6. Ceramah Keselamatan murid pergi-balik sekolah (28 September 2011)
Thursday, 15 September 2011
Wednesday, 14 September 2011
UPSR KEMBALI LAGI!!
Selamat menghadapi peperiksaan buat semua murid-murid tahun 6 SK Seri Kundang, semoga menjawab dengan tenang dan berhati-hati!
UPSR KEMBALI LAGI!!!
Selamat menghadapi peperiksaan buat semua murid-murid tahun 6 SK Seri Kundang, semoga menjawab dengan tenang dan berhati-hati!
Thursday, 23 June 2011
Sukan Tahunan Sk Seri Kundang
Sk Seri Kundang bergegar lagi dengan gegaran semangat pasukan warga SK Seri Kundang mengikut rumah sukan masing-masing iaitu Waja, Wira, Tangkas, Perkasa dan Sigap. Pelbagai acara saringan telah diadakan dan segala acara akan ditentukan pada hari Sabtu ini, 25 Jun 2011. Pasukan manakah yang akan merangkul gelaran juara? Kita tunggu dan lihat. Ibu bapa adalah dijemput untuk turut sama memberi semangat dan sokongan serta memeriahkan lagi pesta sukan tahunan 2011. Go SKSK Go!
Tuesday, 24 May 2011
SAMBUTAN HARI GURU 2011 SK SERI KUNDANG
Pada 16hb Mei yang lalu, SK Seri Kundang telah meraikan hari Guru dengan meriahnya. Pelbagai acara telah diadakan seperti pembacaan perutusan ketua pengarah pelajaran Malaysia dan perutusan menteri pelajaran Malaysia, persembahan pelajar dan guru dan pemberian aiskrim percuma kepada murid-murid. Murid-murid SK Seri Kundang mengambil kesempatan meraikan guru-guru mereka dengan memberikan pelbagai hadiah yang menarik dan pastinya sangat dihargai oleh semua guru mereka. TERIMA KASIH GURU!
Monday, 9 May 2011
SK kundang Gemilang Cemerlang
SK Kundang semakin cemerlang dan gemilang dengan pembabitan sekolah didalam pelbagai aktiviti di peringkat daerah dan negeri.
- Hari Kantin 30 April 2011 telah dijayakan dengan cemerlang hasil usahasama semua pihak terutamannya para guru dan staff SK Kundang
- Panitia Sains telah menyertai Karnival Sains Dan Teknologi Peringkat negeri Selangor 2011. Pelajar kita telah berjaya meraih tempat ketiga pada pertandingan Saintis Muda Rendah. Pelajar tersebut ialah
- Muhammad Izzat Syafiq B Mohd Shahril
- Muhammad Ajwad Bin Azmi
- Hari Kokurikulum telah berjaya dilaksanakan pada 27hb April 2011 dimana beberapa pertandingan telah diadakan iaitu pertandingan kawad kaki, masakan rimba, pertolongan cemas dan memasang khemah.
- Juara Kawad Kaki : Tunas kadet Remaja
- Juara masakan rimba : Tunas Puteri
- Juara pertolongan cemas : Bulan Sabit Merah Malaysia
- Juara Memasang Khemah : Pengakap
Monday, 18 April 2011
Perhimpunan Bulanan Beruniform 18hb April 2011
Perhimpunan Bulanan beruniform telah diadakan pada 18hb April 2011 dengan menyaksikan persembahan menarik kawad kaki daripada TKRS
Subscribe to:
Posts (Atom)