Thursday, 23 June 2011

Sukan Tahunan Sk Seri Kundang

Sk Seri Kundang bergegar lagi dengan gegaran semangat pasukan warga SK Seri Kundang mengikut rumah sukan masing-masing iaitu Waja, Wira, Tangkas, Perkasa dan Sigap. Pelbagai acara saringan telah diadakan dan segala acara akan ditentukan pada hari Sabtu ini, 25 Jun 2011. Pasukan manakah yang akan merangkul gelaran juara? Kita tunggu dan lihat. Ibu bapa adalah dijemput untuk turut sama memberi semangat dan sokongan serta memeriahkan lagi pesta sukan tahunan 2011. Go SKSK Go!

Tuesday, 24 May 2011

SAMBUTAN HARI GURU 2011 SK SERI KUNDANG

    Pada 16hb Mei yang lalu, SK Seri Kundang telah meraikan hari Guru dengan meriahnya. Pelbagai acara telah diadakan seperti pembacaan perutusan ketua pengarah pelajaran Malaysia dan perutusan menteri pelajaran Malaysia, persembahan pelajar dan guru dan pemberian aiskrim percuma kepada  murid-murid. Murid-murid SK Seri Kundang mengambil kesempatan meraikan guru-guru mereka dengan memberikan pelbagai hadiah yang menarik dan pastinya sangat dihargai oleh semua guru mereka. TERIMA KASIH GURU!

Monday, 9 May 2011

SK kundang Gemilang Cemerlang

SK Kundang semakin cemerlang dan gemilang dengan pembabitan sekolah didalam pelbagai aktiviti di peringkat daerah dan negeri.

  •  Hari Kantin 30 April 2011 telah dijayakan dengan cemerlang hasil usahasama semua pihak terutamannya para guru dan staff SK Kundang

  • Panitia Sains telah menyertai Karnival Sains Dan Teknologi Peringkat negeri Selangor 2011. Pelajar kita telah berjaya meraih tempat ketiga pada pertandingan Saintis Muda Rendah. Pelajar tersebut ialah
    • Muhammad Izzat Syafiq B Mohd Shahril
    • Muhammad Ajwad Bin Azmi

  • Hari Kokurikulum telah berjaya dilaksanakan pada 27hb April 2011 dimana beberapa pertandingan telah diadakan iaitu pertandingan kawad kaki, masakan rimba, pertolongan cemas dan memasang khemah.
    • Juara Kawad Kaki : Tunas kadet Remaja
    • Juara masakan rimba : Tunas Puteri
    • Juara pertolongan cemas : Bulan Sabit Merah Malaysia
    • Juara Memasang Khemah : Pengakap
       

Monday, 18 April 2011

Perhimpunan Bulanan Beruniform 18hb April 2011

Perhimpunan Bulanan beruniform telah diadakan pada 18hb April 2011 dengan menyaksikan persembahan menarik kawad kaki daripada TKRS

Sunday, 17 April 2011

LADAP Penandaan BI

LADAP Penandaan telah diadakan dengan jayanya pada 16hb April 2011. LADAP ini telah disampaikan oleh Puan Mazdalina Abu Bakar kepada semua guru-guru Bahasa Inggeris SK Seri Kundang.

Thursday, 14 April 2011

HARI KANTIN 2011

Sekolah Kebangsaan Seri Kundang akan mengadakan hari kantin pada 30hb April 2011. Pelbagai aktiviti akan diadakan termasuk :
  • Gerai jualan
  • Permainan dan pertandingan
  • rumah hantu
  • pertunjukan silap mata
  • cabutan bertuah
  • jualan pakaian/ barangan terpakai
  • penampilan khas : Azli Senario
Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan hari kantin Sk Seri Kundang.

Sunday, 10 April 2011

Latihan Rumah Sukan

Minggu ini bermula latihan rumah sukan selama tiga minggu berturut-turut:
Isnin : SIGAP dan TANGKAS
Khamis : PERKASA dan WAJA
Jumaat : WIRA