Tuesday 27 March 2012

Kursus Kecemerlangan Kepimpinan 2012

Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Unit Disiplin dan Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan Kursus Kepimpinan pada 24 MAC 2012. Objektif program ini adalah untuk memupuk nilai dan etika serta ciri-ciri keperibadian yang sihat, cekal dan berdaya tahan menghadapi cabaran dalam menjalankan tugas. Selain itu, kursus ini diharap dapat memupuk dan menanamkan sifat sebagai pemimpin yang boleh dijadikan contoh dan ikutan pelajar lain.Majlis telah bermula seawal 7.00 pagi dan berakhir pada pukul 6.20 petang. En Amree bin Ahmad Tajuddin telah berperanan sebagai Kem Komanden dan dibantu oleh En Abdul Rahman bin Abdul Razak. Semua AJK dan Fasilitator telah bekerjasama bagi menjayakan program ini. Puan Siti Fatimah bt Mat Hassan selaku GPK1 telah menyempurnakan majlis perasmian penutup.

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2012

Satu Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah telah diadakan pada 23 MAC 2012.  Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Seri Kundang. Majlis telah bermula pada pukul 8.30 pagi dan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah oleh Guru Besar, Puan Siti Sarbanon bt Mohamad Amin. Semua pihak AJK yang terdiri daripada guru-guru SK Seri Kundang telah memberikan komitmen yang amat cemerlang dan majlis telah berjalan dengan lancar berikutan cuaca yang cerah.

Friday 16 March 2012

MESYUARAT PIBG 2012

Satu mesyuarat PIBG telah diadakan pada 3 Mac 2012 bertempat di SK Seri Kundang. Lebih kurang 500 ibu bapa telah menghadiri mesyuarat tersebut dan majlis telah berjalan dengan lancarnya. Majlis telah disempurnakan dengan kehadiran YB Shukor dan Puan Guru Besar, Puan Siti Sarbanon amat berbesar hati dengan kehadiran beliau.  AJK bagi tahun 2012/2013 juga telah dilantik dan suara ramai bersetuju untuk mengekalkan Pengerusi yang sama. Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah sumbangan daripada individu dan syarikat persendirian.